Tarikh: 29 Jan 2015
Lokasi: Dalat, Mukah
Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak telah mengadakan Kursus Teknologi Pemprosesan Makanan: Hasilan Sos & Kordial di Daerah Dalat, Mukah pada 29 - 30 Januari 2015 yang telah dihadiri oleh seramai 69 orang peserta dari pelbagai kampung di daerah Dalat. Majlis Perasmian Kursus telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak merangkap ADUN N.50 Dalat. Turut hadir untuk memberi ucapan alu-aluan bagi pihak Kementerian Pembangunan Perindustrian Swk ialah Yang Berhormat Datuk Haji Julaihi Bin Haji Narawi merangkap Menteri Muda Pembangunan Perindustrian (Pelaburan & Promosi) dan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar Sarawak.
Hit: 7360