Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
Portal Rasmi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri,
Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan
 
 
 
Tentang kamiTentang kami

 

Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak (KPP) ditubuhkan pada tahun 1987 bagi meneraju pembangunan sektor perindustrian bagi negeri Sarawak. Kementerian Pembangunan Perindustrian bertanggungjawab untuk mempromosi, menyelaraskan dan melaksanakan kegiatan pembangunan perindustrian di Sarawak. Lokasi KPP terletak di Wisma Sumber Alam, Kuching

Berdasarkan The Sarawak Government Gazette yang diterbitkan pada 31 Mei 2016, Kementerian Pembangunan Perindustrian Sarawak (MID)  dan Unit Pembangunan Usahawan dan Industri Halal (UPUIH) digabungkan dan akan dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan , Perdagangan dan Pelaburan Sarawak ( MIETI Sarawak) dan kemudian dikenali sebagai Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak (MIED).

Pada 22 Ogos 2019, YAB Ketua Menteri Sarawak telah mengumumkan rombakan kabinet negeri yang baru. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan E-Dagang (MiTEC) telah digabungkan bersama Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Usahawan Sarawak (MIED) dan dikenali sebagai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industrian, Perindustrian Terminal dan Pembangunan Usahawan (MINTRED) Sarawak.