Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
Portal Rasmi
Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri,
Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan
 
 
 
Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS)Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS)

SPIKS bertujuan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi sektor  pembuatan, perkhidmatan dan juga teknologi maklumat.

Antara objektif adalah:

  • Untuk mewujudkan alternatif kepada kemudahan pinjaman kepada Pengusaha Bumiputera
  • Untuk menggalakkan penyertaan dari pengusaha Bumiputera dan membangunkan PKS  terutamanya  di Sarawak

Pinjaman ini  merangkumi beberapa aspek  iaitu:

  • Modal Pusingan
  • Pembelian mesin-mesin atau peralatan
  • Mengubahsuai premis

 Terma dan Syarat Lain bagi SPIKS adalah :

  • Pinjaman dari RM20,000 hingga RM250,000
  • Caj perkhidmatan 4% setahun
  • Tempoh bayaran semula dari 3 hingga 7 tahun

Syarat-syarat permohonan

  • IKS milik Bumiputera warganegara Malaysia yang berasal dan bermastautin di Sarawak
  • Pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan / pengilangan, perkhidmatan dan teknologi maklumat
  • Perniagaan yang telah berdaftar dan telah beroperasi sekurang-kurangnya 1 tahun di premis yang sah
  • Terlibat secara langsung dan menjalankan perniagaan sepenuh masa

Cara memohon:

Permohonan boleh dibuat melalui Borang Skim Pinjaman Industri Kecil dan Sederhana (SPIKS) yang boleh di dapati di Pejabat Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES) atau dari pejabat wilayahnya yang berhampiran

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:


Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (PPES)

Bahagian Pembangunan Usahawan

 Menara SEDC, Tingkat 8,

Bangunan Sarawak Plaza,

Peti Surat 400, Jalan Tunku Abdul Rahman

93100 Kuching.

 

Tel: 082-416777 samb. 331/335/337/349

Faks: 082-231779

Website : www.sedc.com.my

or

Bahagian PKS & Pembangunan Usahawan

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usawahan Sarawak (MINTRED)

Tingkat 2, Tingkat 12 & 13, Wisma Sumber Alam

Jalan Stadium, Petra Jaya

93502 Kuching

Tel : 082-313212

Faks: 082-313291